Persaingan pasaran global, mewujudkan pasukan tempatan dan komunikasi serta kerjasama global merupakan sebahagian besar daripada operasi harian perusahaan yang ingin menceburi pasaran antarabangsa. Pada Jun tahun ini, selain mengumumkan strategi pasaran antarabangsa, DingTalk juga memperkenalkan satu siri pengalaman inovatif produk berorientasi global, membantu perusahaan mengatasi halangan zon masa, bahasa dan geografi untuk meningkatkan kecekapan komunikasi dan kerjasama antar pekerja dari pelbagai negara dengan pelbagai bahasa. Pada 27 November, DingTalk secara rasmi menubuhkan operasinya di Hong Kong, China, sebagi langkah baharu dalam pelaksanaan strategi pasaran antarabangsa.

Persaingan pasaran global, mewujudkan pasukan tempatan dan komunikasi serta kerjasama global merupakan sebahagian penting daripada operasi harian perusahaan yang ingin menceburi pasaran antarabangsa.

Pada bulan Jun, DingTalk mengumumkan strategi pasaran antarabangsa dan menawarkan pengalaman produk inovatif global untuk membantu syarikat-syarikat yang ingin menembusi pasaran luar negara melampaui halangan zon waktu, bahasa dan geografi dan meningkatkan kecekapan komunikasi antarabangsa pekerja daripada negara yang berbeza dengan pelbagai bahasa.

Pada 27 November, DingTalk secara rasmi menubuhkan operasinya di Hong Kong, China, selaku langkah seterusnya dalam strategi pasaran antarabangsa.

Kepada kawan-kawan yang sedang membaca artikel ini, jika anda pernah membaca “Pengalaman Produk DingTalk: Dalam 3 bulan, Kami Menyelesaikan 6000 Isu Penyesuaian Bahasa Global”, anda pasti dapat merasakan kesungguhan dan komitmen DingTalk terhadap globalisasi—jika tidak terasa, bermakna usaha kita masih belum mencukupi. Artikel ini akan memperkenalkan pengalaman produk global DingTalk melalui rutin kerja harian pekerja-pelkerja perusahaan multinasional.

1. Komunikasi Tanpa Zon Waktu | Paparan Maklumat Zon Waktu Rakan Berbual

Indonesia, Jakarta, Pukul 16:00. Ahmad, Pengurus Pasukan Jualan Indonesia, bersedia menggunakan DingTalk untuk menghubungi Emily, Pengurus Pasukan Produk Amerika Syarikat, untuk mengetahui perkembangan terkini dalam reka bentuk produk. Ahmad memerhatikan masa di lokasi Emily yang dipaparkan di antaramuka perbualan DingTalk ialah pukul 03:00 pagi, dan memutuskan untuk menghubungi Emily pada masa yang lebih sesuai bagi mengelakkan mesej yang dihantar melalui fungsi “mesej segera” tidak dapat diterima secara “segera” ataupun mengganggu rehatnya.

Tumpuan Utama: Semasa komunikasi antarabangsa, paparan maklumat zon waktu rakan berbual adalah satu reka bentuk yang teliti dan mempertimbangkan pihak lawan. Ia tidak sahaja dapat meningkatkan kecekapan komunikasi pasukan antarabangsa tetapi juga dapat memperkukuhkan kefahaman dan penghargaan antar pekerja antarabangsa.

2. Persidangan Tanpa Zon Waktu | Cadangan Pintar Masa Persidangan

Ibu pejabat utama di China bersedia menganjurkan mesyuarat strategi pasaran global. Penganjur mesyuarat ialah Cheng Yu, Ketua pasukan pemasaran ibu pejabat China, manakala peserta ialah ketua pasukan pemasaran Indonesia, Vietnam, Amerika Syarikat, Jerman, Mexico, dan Chile.

Apabila Cheng Yu yang bertindak sebagai penganjur mengadakan mesyuarat lintas zon waktu, kalendar DingTalk mampu mencadangkan masa persidangan yang sesuai, berdasarkan waktu dan jadual sibuk atau lapang peserta mengikut zon waktu masing-masing. Apabila peserta menerima jemputan mesyuarat, masa mesyuarat akan ditukar secara automatik mengikut zon waktu tempat mereka berada.

Tumpuan Utama: Pengalaman produk cadangan pintar masa persidangan DingTalk dapat dengan berkesan menyelesaikan kekeliruan masa yang mungkin dialami semasa mesyuarat lintas zon waktu, menjimatkan kesulitan penganjur mengira perbezaan masa, serta meningkatkan kecekapan “temujanji” antarabangsa.

3. Kehadiran Tanpa Zon Waktu | Pengurusan Kehadiran Global Pekerja

Pukul 08:00 pagi waktu Beijing, Zhang Ming menandakan kehadirannya di Ibu pejabat China, manakala pada masa yang sama, Rizky, seorang pekerja di cawangan Indonesia (07:00 pagi) baru sahaja bangun tidur, Anna di Institut Penyelidikan Jerman (01:00 pagi) sedang berehat, dan Diego, pekerja di kilang pengeluaran Mexico (18:00 petang hari sebelumnya) bersiap untuk menandakan penamatan bekerja.

Pengurusan kehadiran dan cuti sentiasa menjadi keupayaan produk asas teras DingTalk. Dengan Versi Antarabangsa Kelepasan & Kehadiran DingTalk, pentadbir perusahaan boleh menetapkan peraturan kehadiran yang berbeza-beza mengikut zon waktu dan lokasi kerja. Di mana sahaja pekerja itu berada, mereka boleh menandakan kehadiran mengikut masa zon waktu setempat, dan data kelepasan dan kehadiran akan diselaraskan secara automatik ke sistem pengurusan tunggal.

Tumpuan Utama: Pengalaman produk kehadiran antar zon waktu DingTalk dapat membantu pegawai pengurusan perusahaan memahami dan mengagihkan sumber manusia secara global.

1. Mesej Segera | Terjemahan Automatik Mesej Berbual

Florida, US, 8:00 pagi. Emily, Pengurus Pasukan Produk Amerika Syarikat menerima mesej yang dihantar oleh Ahmad, Pengurus Pasukan Jualan Indonesia dengan menggunakan Bahasa Indonesia. Emily tidak memahami Bahasa Indonesia, tetapi mesej tersebut secara automatik diterjemahkan oleh DingTalk kepada Bahasa Inggeris. Emily memahami maksud mesej tersebut lalu membalas dalam Bahasa Inggeris, dan DingTalk sekali lagi menerjemahkan mesej ini kepada Bahasa Indonesia supaya Ahmad juga mudah memahaminya.

2. Persidangan Video | Terjemahan Realistik Banyak Bahasa

Pukul 21:00 malam waktu Beijing, Cheng Yu, Ketua Pasukan Pemasaran Ibu pejabat China memulakan persidangan video dalam talian menggunakan DingTalk. Dalam mesyuarat tersebut, Lukas, Ketua Pasukan Pemasaran Jerman berbual dalam Bahasa Jerman. Subtitle dalam persidangan video DingTalk akan menterjemahkan Bahasa Jerman secara realistik kepada Bahasa Tionghua, Bahasa Indonesia, Bahasa Vietnam, Bahasa Inggeris dan Bahasa Sepanyol, membolehkan peserta dari China, Indonesia, Vietnam, Amerika Syarikat, Jerman, Mexico dan Chile memahami maksud Lukas dengan mudah. Begitu juga, apabila Maria, Pengurus Pasukan Pemasaran Mexico berbual dalam Bahasa Sepanyol, sistem persidangan video DingTalk juga akan menterjemahkan Bahasa Sepanyol secara realistik kepada bahasa lain yang dipahami oleh para peserta.

Tumpuan Utama: Pengalaman produk terjemahan realistik banyak bahasa semasa persidangan video DingTalk dapat memudahkan peserta antarabangsa menyertai dan memahami perbincangan, menjamin kecekapan dan ketepatan pertukaran maklumat, dan meningkatkan secara besar kecekapan komunikasi antarabangsa.

3. Terjemahan Antara Muka Penuh | Terjemah Semua Antara Muka Produk Dengan Satu Klik

HR ibu pejabat China memilih “Ku Xue Yuan” sebagai sistem latihan antara muka pekerja, sistem yang dibangunkan oleh rakan kongsi ketiga DingTalk. Memandangkan antara muka fungsi produk “Ku Xue Yuan” pada masa ini hanya menyokong Bahasa Tionghua sahaja, pekerja asing akan menghadapi kesulitan dalam memahami dan menggunakan sistem tersebut akibat kekangan bahasa. Sekiranya HR perlu menterjemahkan semua bahan latihan kepada pelbagai bahasa, ini bermakna kerja-kerja berkali ganda dan peningkatan kos.

Dengan keupayaan produk Terjemahan Antara Muka Penuh DingTalk, isu ini dapat diselesaikan dengan baik. Hanya dengan mengaktifkan ciri ini, butang terjemahan “terapung” akan dipaparkan pada antara muka. Hanya dengan satu klik, semua teks pada antara muka fungsi produk “Ku Xue Yuan” dapat diterjemahkan dalam bahasa pilihan pekerja luar negara.

Tumpuan Utama: Pengalaman ciri Terjemahan Antara Muka Penuh DingTalk mampu menterjemahkan semua teks dalam antara muka produk DingTalk, secara berkesan menghilangkan halangan bahasa, serta menurunkan keperluan pengetahuan penggunaan DingTalk bagi pekerja perusahaan antarabangsa.

4. E-mel | Terjemahan E-mel Berbilang Bahasa Dengan Satu Klik

Dalam persekitaran komunikasi dan kerjasama pejabat antarabangsa, e-mel tetap memainkan peranan penting, terutamanya dalam pemindahan dokumen rasmi, kerjasama antara jabatan dan hubungan luar, e-mel merupakan cara komunikasi penting yang tidak dapat dipisahkan oleh perusahaan. “E-mel” adalah komponen sangat penting dalam matra produk global DingTalk dan kini menyokong terjemahan dengan satu klik untuk e-mel dalam 30 bahasa/negara.

5. YiDa|Menerbitkan Aplikasi Berbilang Bahasa Dengan Satu Klik

Platform low-code “YiDa” milik DingTalk memberikan perusahaan keupayaan untuk membina aplikasi perniagaan tersuai mengikut keperluan sendiri, selain menyokong penerbitan versi berbilang bahasa dengan satu klik, sama ada penyiapan cepat aplikasi pengurusan projek di Asia Tenggara atau pembangunan alur kerja jualan yang sesuai untuk Eropah dan Amerika, semua ini dapat direalisasikan dengan cepat melalui “YiDa”, membantu perusahaan bertindak balas lebih lentur terhadap perubahan pasaran global.

1. Log Masuk/Daftar | Banyak Jenis Akaun, Banyak Bahasa

Pendaftaran/log masuk merupakan pengalaman produk pertama yang dirasakan pengguna semasa menggunakan DingTalk. Kebolehan untuk menggunakan fungsi log masuk atau daftar secara lancar akan menentukan persepsi pengguna luar negara terhadap jenama DingTalk secara langsung, malah boleh menjejaskan sama ada pengguna itu akhirnya terus menggunakan atau meninggalkan DingTalk. Pada September tahun ini, kami telah berkempen pengalaman global produk log masuk/daftar—pengguna luar negara boleh menggunakan pelbagai jenis akaun seperti nombor telefon bukan +86, e-mel, akaun korporat dan lain-lain untuk daftar atau log masuk, dan pada antara muka log masuk/daftar, pengguna juga boleh menukar bahasa sistem DingTalk mengikut kegemaran sendiri, dengan itu mengurangkan penghalang penggunaan secara besar.

2. Organisasi Atasan-Bawahan | Satu Organisasi Mengurus Global

Melalui ciri produk organisasi atasan-bawahan DingTalk, pentadbir organisasi antarabangsa boleh mengaitkan cawangan dan anak syarikat di pelbagai negara/bahagian dengan satu organisasi induk, membentuk direktori pekerja global yang menyeluruh, dan sangat mudah untuk mencari pekerja untuk berkomunikasi. Aplikasi dan prosedur kelulusan yang dipasang oleh organisasi induk boleh diberi kuasa kepada pekerja global mengikut situasi sebenar— pasukan antarabangsa dan proses perniagaan yang kompleks juga boleh diurus dan digunakan dalam satu platform yang seragam.

3. Pecutan Rangkaian Global | Rangkaian Stabil dan Lancar

Rangkaian yang stabil dan lancar adalah asas kepengalaman komunikasi dan kerjasama antarabangsa, juga merupakan janji utama komunikasi dan kerjasama yang cekap untuk pasukan antarabangsa. DingTalk telah menempatkan nod pecutan rangkaian bebas di 11 negara, 16 bandar di seluruh dunia, yang dapat secara besar mengurangkan kelambatan pemindahan data lintas sempadan, meningkatkan kelancaran perkongsian fail, mesyuarat audio-video, dan mesej segera.

Kesimpulan

Di atas adalah usaha-usaha yang telah DingTalk lakukan untuk membantu perusahaan yang ingin menembusi pasaran luar negara menghadapi cabaran seperti lintas masa, lintas bahasa dan lintas sempadan. Seperti mana-mana strategi perniagaan, menembusi pasaran antarabangsa bukan sesuatu yang boleh dicapai dengan serta-merta, perlukan perusahaan terus mencuba, menyesuaikan diri dan berkembang dalam pasaran. DingTalk juga sedang mempercepatkan pembangunan keupayaan produk global untuk mencipta pengalaman komunikasi dan kerjasama global yang tanpa “jurang masa, halangan bahasa dan sempadan” serta dapat dipercayai dan terus maju, menyokong perkembangan perniagaan global perusahaan menembusi pasaran antarabangsa.

Tumpuan Utama: Perusahaan ingin menembusi pasaran antarabangsa, komunikasi dan kerjasama global, satu DingTalk sahaja sudah memadai!

Terima kasih di atas perhatian anda terhadap pengalaman produk global DingTalk.