DingTalk yang digunakan setiap hari, rupanya mempunyai begitu banyak "fungsi tersembunyi". Peralatan produktiviti sebenarnya tidak perlu banyak, satu sahaja iaitu DingTalk. Hari ini mari kita kongsi 6 teknik praktikal namun mungkin belum lagi anda gunakan untuk meningkatkan kecekapan. Dapatkan semula masa yang dijimatkan untuk usaha (membaca) atau berehat (memancing)!

DingTalk yang digunakan setiap hari,

Rupanya mempunyai begitu banyak "fungsi tersembunyi"

Peralatan produktiviti sebenarnya tidak perlu banyak, satu sahaja iaitu DingTalk.

Hari ini mari kita kongsi 6 teknik praktikal,

Tetapi teknik meningkatkan kecekapan yang mungkin belum lagi anda gunakan.

Dengan menjimatkan masa, anda boleh gunakan semula untuk usaha (membaca) atau berehat (memancing)!

Menyunting semula mesej

Jika terdapat ejaan yang salah masih boleh diubah sebelum hantar semula, lebih ringan dan mudah

Dahulu, apabila kita menemui terdapat kesalahan ejaan pada mesej yang telah dihantar di dalam DingTalk, hanya boleh menarik balik dan menghantar semula. Namun masa itu, pihak penerima akan melihat notifikasi "Anda telah menarik balik satu mesej".

Untuk mengurangkan kekecohan ini, anda boleh menggunakan fungsi "sunting semula mesej".

Jika terdapat kesalahan ejaan atau ungkapan yang tidak sesuai dalam mesej yang telah dihantar, anda tidak perlu menarik balik dan menghantarnya semula, cukup klik "sunting semula" dan hantar semula, menjadikan penyuntingan lebih mudah.

Manakala, catatan selepas penyuntingan juga menjadi lebih ringan, hanya menunjukkan "telah disunting" di sudut kiri bawah mesej tersebut.

Kuasai cara yang betul untuk menyunting mesej supaya menjadikan komunikasi kerja lebih yakin dan tenang.

Pengecaman teks AI

Dengan hanya menyorot teks serta mengambil gambar skrin, meningkatkan kecemekapan sebanyak 10 kali ganda dalam 1 saat

Dalam kehidupan harian, saya percaya ramai yang pernah menghadapi masalah-masalah berikut:

● Bahan yang dihantar bos adalah imej atau dokumen PDF dan ingin meminjamnya, tetapi menaip satu persatu terlalu memakan masa;

● Memandang kandungan yang bagus daripada sesuatu laman web tetapi mahu menyimpannya tidak membenarkan penyalinan;

● Semasa mengisi maklumat jadual, sangat mudah melakukan kesalahan apabila membuat salinan manual daripada dokumen rasmi atau gambar skrin.

Pada masa itu, adakah anda memilih menaip baris demi baris atau mengambil gambar skrin, kemudian menggunakan perisian OCR lain, memuat naik untuk pengesanan sebelum menyalin teks?

Cuba fungsi "pengenalan teks" dalam DingTalk! Menyokong pelbagai format seperti imej, laman web, jadual, dokumen PDF, dan sebagainya. Anda hanya perlu memilih julat yang perlu dikenal pasti semasa mengambil gambar skrin, maka teks akan ditukar ke format yang boleh disunting, membolehkan penyalinan dan penyuntingan yang lebih mudah dan pantas.

Bahkan, pengguna tidak perlu membuka aplikasi DingTalk untuk mengambil gambar skrin. Cukup menekan kombinasi kekunci "Shift+Command+A" (komputer Mac) atau "Ctrl+Command+A" (komputer Windows) untuk mengaktifkan fungsi ini. Betul-betul sangat mudah!

Mesej untuk diproses kemudian

Perkara penting yang tidak segera boleh disimpan dulu, menjadi pakar pengurusan masa

Kerja memang tidak dapat dipisahkan dengan peringatan tugas akan datang.

Kita ingin menumpukan perhatian sepenuhnya pada kerja tertentu tanpa gangguan, tetapi tidak menjawab dengan segera bimbang terlupa kemudian; manakala untuk mencipta tugas khusus di halaman senarai tugas memerlukan beberapa langkah lagi. Adakah cara yang lebih baik untuk diingatkan? Sebenarnya, kebanyakkan gangguan dalam kerja berasal daripada pelbagai mesej bual. Beberapa perkara penting yang tidak segera atau mesej yang boleh dijawab nanti boleh menggunakan fungsi "hantarkan kemudian", sangat mudah!

Anda hanya perlu memilih mesej, klik kanan pilih "proses nanti", maka mesej ini akan berubah menjadi tugas yang akan kelihatan di halaman senarai tugas dan bar berpapar atas.

Dalam era ledakan maklumat, perhatian kita sedang dipecahkan oleh pelbagai berita yang kompleks dan berlepotak. Fungsi "proses nanti" adalah kaedah yang ringkas, membantu menumpukan ke atas yang penting, mengurangkan gangguan dan merancang masa supaya kerja dilakukan dengan lebih berperingkat dan teratur.

Mod persembahan dokumen

Dengan gunting kecil "memotong", jadikan dokumen menjadi slaid PPT dalam sekelip mata

Ramai syarikat setelah meninggalkan PPT, beralih menggunakan dokumen dalam talian untuk mesyuarat tetapi penataan kedudukan dokumen tidak begitu sesuai dengan penyampaian. Kadangkala semasa anda masih menerangkan, rakan sejawat yang hadir dalam mesyuarat sudah membaca ke bahagian lain.

Adakah terdapat satu cara yang boleh menyerlahkan perkara penting, mengekalkan pengalaman membaca, dan praktis untuk digunakan?

"Mod persembahan" dalam dokumen DingTalk dibina untuk menyelesaikan masalah ini.

Terlebih dahulu, mod ini boleh secara automatik membahagi halaman dokumen berdasarkan struktur asal kandungan. Jika pengguna berkehendak meningkatkan penekanan kandungan, anda boleh memilih "sunting halaman persembahan" sendiri, dengan klik pada "gunting kecil" halaman pratonton.

Rekod sejarah dokument

Kerjasama mudah dikenal pasti, versi lama senang dipulihkan dengan sekali klik

Anda mungkin pernah melalui situasi berikut:

● Ketika banyak orang menyunting satu dokumen secara bersama, selalu sukar membezakan—siapa, di bahagian mana, dan apa yang ditukar;

● Ingin mendapatkan semula isi kandungan versi lama, tetapi pada masa ini isi kandungan dokumen sudah diubah.

DingTalk dokumen mempunyai fungsi memulihkan versi untuk mengenal pasti kembali rekod sejarah, dan boleh dengan jelas melihat rekod penyuntingan rakan sekerja yang turut serta dalam kerjasama ini. Dokumen tidak lagi khuatir akan diubah secara rambang-rambang. Tidak kira sama ada penambahan atau pemadaman kandungan, penyesuaian fon atau perubahan format, semuanya akan direkodkan secara terperinci dan mudah untuk dikesan.

Pada masa yang sama, pengguna juga boleh klik pada kandungan tertentu untuk terus ke lokasinya dalam dokumen, manakala kawasan yang diubah juga akan dipaparkan dengan penyorotan yang menjadikan rekod perubahan dokumen sangat jelas serta mudah difahami dalam kerjasama.

Dan jika pengguna mahu kembali kepada versi sebelumnya, anda juga boleh klik pada "pulihkan" untuk memulihkan dengan segera.

Berkongsi dokumen mesyuarat

Menyunting secara serentak dengan ramai orang, jadikan mesyuarat lebih berkecekapan

Saya percaya ramai yang pernah menggunakan fungsi "kongsi skrin" semasa menggunakan mesyuarat video DingTalk, tetapi pernah jugakah anda mengalami situasi memalukan berikut:

● Rakan sekerja berkongsi skrin, tetapi anda hanya boleh mengikut isi kandungannya tanpa dapat menyumbang dan mencipta;

● Dalam perbincangan yang panjang dan membosankan, sangat susah untuk dengan cepat mengenal pasti maklumat yang berkaitan dengan diri sendiri;

● Rakan sekerja berkongsi banyak isi kandungan tetapi selepas mesyuarat, bila ingin melihatnya balik atau menyuntingnya, tidak dapat dijumpai lagi.

Pelbagai masalah ini menyebabkan mesyuarat yang sepatutnya dapat tamat dalam 20 minit terpaksa dihabiskan sejam.

Pada masa seperti ini, anda boleh gunakan fungsi "kongsi dokumen" dalam mesyuarat video, ia mampu merentasi kekangan fizikal untuk berkongsi dan berkerjasama serta membenarkan penglibatan serentak banyak orang. Samaada dokumen, jadual atau slaid persembahan, semua boleh dikongsi secara bebas di awan.

Bagi penceramah, perkongsian dokumen seperti ini juga dapat memastikan kerahsiaan dan tidak bimbang dengan kekacauan skrin atau mesej yang tiba-tiba muncul.

Manakala peserta mesyuarat boleh memilih untuk mengikuti penceramah atau melayari bebas, memahami kandungan mesyuarat dengan lebih baik serta boleh mengenal pasti maklumat yang penting. Jika selepas mesyuarat ingin mengimbau kembali, semua boleh ditemui dengan segera dan mudah.

Selain itu, peserta mesyuarat juga boleh terus memberi penanda mengedit, berkolaborasi secara langsung, sambil meneruskan perbualan suara, hasil mesyuarat boleh dijelmakan menjadi dokumen dengan segera. Setiap mesyuarat menjadi kerjasama kreatif yang efisien.

Adakah anda telah cuba kesemua fungsi yang sangat praktikal di atas?

Jom cuba dan tingkatkan produktiviti bersama-sama!