Dalam persekitaran kerja yang sibuk, kita sering dikelilingi oleh pelbagai notifikasi, mesej, mesyuarat dan perkara-perkara kecil lainnya. Pada waktu pagi apabila anda mula bekerja, anda perlu menyaring maklumat penting daripada banyak mesej, mencatat jadual kerja dan menyusun atau merangkum laporan kemajuan projek. Adakah kerja berulang yang perlu dilakukan setiap hari ini membuatkan anda terasa sedikit penat? Bayangkanlah: Jika anda memiliki seorang pembantu peribadi, dia boleh menyusun tugas harian anda mengikut kebiasaan, mengatur keutamaan dengan tepat, menyediakan bahan mesyuarat dengan lengkap, menanda data penting dengan jelas; ketika menghadapi masalah, pembantu ini boleh menyediakan pelbagai penyelesaian berpandukan simpanan maklumat yang besar dan analisis yang tepat; malah kadangkala mengingatkan anda untuk minum air dan bangun merehatkan diri selama 5 minit dari meja kerja. Selain itu, pembantu ini juga akan memberitahu anda untuk sentiasa berbaik-baik kepada diri sendiri selepas bekerja. Kesemua ini dapat memberikan nilai emosi yang besar kepada anda. Kelihatan seperti sesuatu yang sangat indah. Dengan kemajuan asisten AI dalam DingTalk, segala-galanya ini menjadi mungkin. Hanya dengan satu klik dalam DingTalk, anda memiliki asisten peribadi AI yang dapat membantu menangani keperluan pentadbiran, membolehkan anda memberi lebih banyak masa dan tenaga terhadap perkara-perkara yang lebih penting dan kreatif.
Dalam persekitaran kerja yang memerlukan kecekapan tinggi, kita sering dikelilingi oleh pelbagai notifikasi, mesej serta mesyuarat yang remeh-temeh.
Pada waktu pagi apabila anda mula bekerja, anda perlu menyaring maklumat penting daripada banyak mesej, mencatat jadual kerja dan menyusun atau merangkum laporan kemajuan projek dan sebagainya. Adakah kerja yang perlu diulangi setiap hari ini membuatkan anda terasa sedikit tidak bermaya?
Bayangkanlah: Jika anda memiliki seorang pembantu peribadi, dia boleh menyusun tugas harian anda mengikut kebiasaan, mengatur keutamaan dengan tepat, menyediakan bahan mesyuarat penting dengan lengkap, menanda data kritikal dengan jelas; ketika menghadapi cabaran, pembantu ini boleh menyediakan pelbagai penyelesaian mengikut simpanan maklumat dan analisis yang tepat untuk membantu membuat keputusan. Malah, kadangkala pembantu ini mengingatkan anda untuk minum air, bangun dari tempat duduk dan merehatkan diri selama 5 minit. Malahan, dia juga memberitahu supaya jangan lupa bersikap baik terhadap diri sendiri pada hari ini yang dapat membangkitkan motivasi emosi yang tinggi. Kesemua ini memang terdengar sesuatu yang menakjubkan.
Dengan kemajuan asisten AI dalam DingTalk, segala-galanya ini menjadi mungkin. Hanya dengan satu klik dalam DingTalk, anda memiliki asisten peribadi AI yang dapat membantu menangani keperluan pentadbiran, membolehkan anda memberi lebih banyak masa dan tenaga terhadap perkara-perkara yang lebih penting dan kreatif.
Anda Yang Menentukan Asisten AI Anda
Asisten AI peribadi tidak lagi sekadar menikuti corak yang sama serta membenarkan penyesuaian mengikut individu. Anda boleh menetapkan avatar, suara dan cara panggilan untuk asisten AI ini, menjadikannya benar-benar asisten peribadi untuk anda.
Asisten AI Anda Adalah untuk Keperluan Anda
1. Tetapkan orang yang anda peduli: Bantu anda perhatikan mesej penting
Dengan meningkatnya kerjasama, tugas daripada pelanggan, rakan kongsi atau pengurusi yang ditinggalkan di dalam perbualan individu atau kumpulan mungkin bercampur dengan mesej lain, menjadikannya mudah untuk dilupakan.
Dulunya, untuk merekodkan tugas seperti ini, anda perlu menambahkan secara manual ke dalam senarai kerja atau menggunakan alat pengurusan tugas yang lain—terlalu banyak langkah dan tidak efisien selain lama kelamaan latar belakang tugas itu menjadi kabur.
Kini, Pembantu Peribadi dalam DingTalk boleh membantu anda perhatikan mesej!
Anda hanya perlu menambahkan orang yang diikuti, Pembantu AI peribadi akan secara automatik mengumpulkan mesej berdasarkan orang yang diberi perhatian ini, menjelaskan latar belakang perkara serta memantau tugas dan keputusan yang diberikan dalam perbualan (terhad untuk kandungan yang boleh dilihat dan dibenarkan oleh anda kepada Pembantu AI peribadi). Selain itu, Pembantu AI ini juga menyokong "pembantu berdasarkan kandungan semasa"—menjamin setiap perkara penting diteliti dengan lengkap.
Untuk ibu bapa, fungsi ini juga sangat berguna: apabila menetapkan warden kelas sebagai objek pemantauan, tiada lagi risiko kerana mesej tentang pelajar pasti akan dapat diterajang dan tidak terlepas pandang.
2. Pemakluman pintar mesej yang tidak berbalas walaupun sudah dibaca: Membantu anda mengesan mesej tertinggal
Dalam era ledakan maklumat ini, ramai antara kita mungkin pernah mengalami pengalaman canggung kerana "berhasrat untuk membalas mesej", mesej pesanan daripada orang lain dilihat tetapi disebabkan keadaan semasa, anda terlupa untuk membalasnya dan menyebabkan kekeliruan atau kesilapan kerja kerana tidak dapat dibalas.
Tidak perlu bimbang, Pembantu Peribadi DingTalk akan membantu mengingatkan mesej yang tidak dibalas walaupun sudah dibaca!
Pembantu ini akan mengumpulkan semua mesej yang belum dibalas walaupun sudah dibaca ke dalam "Orang yang Anda Prihatin", dan apabila diklik, ia boleh terus masuk ke mesej asal untuk dibalas, memastikan mesej tidak akan terlepas untuk dibalas.
3. Tambahkan perkara yang anda peduli: Bantu anda perhatikan perkembangan projek, jangan tertinggal perkara penting
Apabila anda ingin memahami atau mendapatkan perkembangan terkini suatu projek atau perkara tertentu, anda mungkin perlu memeriksa satu per satu mesej dalam kumpulan, perbualan individu, mel, laporan projek harian dan jadual projek untuk mencari informasi yang diperlukan, sebelum membuat pemikiran dan penyesuaian kembali. Sejumlah besar masa mungkin digunakan untuk mencari informasi, menentukan lokasi dan membuat penyesuaian.
Kini, Pembantu AI peribadi DingTalk boleh membantu anda perhatikan perkara penting!
Pembantu AI peribadi boleh secara automatik mengawasi perkembangan kunci dan mengumpulkannya untuk anda, dan anda juga boleh melihat sumber bahan dan fail berkenaan—iaitu dari kumpulan, log atau jadual mesyuarat perbualan, yang boleh dikesan dalam sekelip mata untuk memahami konteksnya. Selain itu, anda boleh meneruskan soalan kepada AI untuk mendapatkan perkembangan utama dan kesimpulan.
Selain daripada itu, TA juga boleh menjana laporan mingguan yang terperinci berdasarkan kandungan kerja yang didedahkan oleh pengguna, merangkumi semua aktiviti utama dalam seminggu. Dokumen yang dijana mempunyai format yang piawa, kandungan yang lengkap serta penanda sumber, hampir tidak memerlukan sebarang penyuntingan tambahan. Laporan mingguan kini bukan lagi perkara yang perlu ditulis, cuma perlu diperhatikan sahaja~
Apabila sudah memilikinya: perkara kecil seperti mengimbas balik, menulis laporan mingguan, usaha pemantauan harian/mingguan serta ringkasan tugas utama dalam masa yang lalu tidak lagi mengganggu. Cuba serahkan semuanya kepada asisten berkenaan.
Petua: Pengguna boleh menambah sehingga 3 perkara yang anda bimbangkan; keahlian "DingTalk 365" menyokong sehingga 10 perkara "yang anda prihatin" dan juga menerima ringkasan perkara terbaru daripada asisten berkenaan di setiap pagi hari.
4. Nota AI: Bantu merangkum dan merekodkan maklumat berpecah
Bagi pekerja di persekitaran pejabat, sering kali kita perlu mencatat idea-idea, risalah mesyuarat pendek dan menyimpan bahan-bahan ke dalam arkib. Dahulu, kita mungkin menggunakan pelbagai alat yang berbeza menyebabkan kandungan ini tersebar di pelbagai tempat dan menjadi rumit apabila ingin mencari semula.
Kini, dengan "Nota AI", kita boleh mencatat maklumat berpecah ini secara spontan. Ia boleh dicatat melalui penghantaran mesej kepada diri sendiri, catatan kata-kata tertentu, pelayaran web, imej atau pautan, kemudian dengan hanya menekan butang "Simpan", TA akan mengarhivkannya secara automatik manakala tag boleh ditambah untuk memudahkan carian.
Sudah tentu, Pembantu AI peribadi DingTalk juga menyokong kreatif baharu berdasarkan nota sedia ada. Anda hanya perlu menekan "Nota AI" - "Sembangkan lagi" dalam perbualan dengan diri anda sendiri, lalu boleh bertanya kepada pembantu AI peribadi. Contohnya: "Bantu huraikan keperluan aset data yang terkumpul dalam DingTalk."
Bagi pelajar, "Nota AI" juga merupakan pilihan terbaik untuk mengimbas dan merekodkan soalan kesalahan serta ringkasan pengetahuan.
Dahulu, untuk membuat koleksi soalan kesalahan dan menyusun skop pengetahuan, kita perlu mengelaskan secara manual, menyalin atau menaip semula.
Kini, anda hanya perlu menghantar soalan kesalahan atau bahagian penting yang diajarkan oleh guru ke diri sendiri lalu "Simpan", pembantu AI ini akan menjumlahkannya. Bila bertanya kepada pembantu ini, anda boleh memperoleh dokumen kesimpulan yang berstruktur dan terperinci, yang boleh membantu mengukuhkan kefahaman serta menjimatkan masa dan boleh tidur lebih lama, meningkatkan keberkesanan pembelajaran.
5. Bola apungan AI: Aktifkan asisten AI dengan sekali tekan
Untuk membantu pengguna menggunakan pelbagai fungsi asisten AI dengan lebih mudah dan cepat, asisten AI peribadi DingTalk menambahkan fungsi bola apungan AI pada versi telefon pintar.
Dengan menekan bola apungan, pembantu AI peribadi dapat diaktifkan dengan segera. Anda boleh bertanya terus kepada AI melalui suara dan sebagainya atau "Tanya berdasarkan skrin" atau "Tanya berdasarkan foto".
Fungsi skrin pintar boleh membantu kami merangkum kandungan di skrin dengan cepat dan menyokong soalan berasaskan kandungan skrin. Fungsi soalan gambar boleh melalui pengesanan foto yang diambil oleh kamera untuk membuat analisis soalan atau menulis ulasan terhadap gambar makanan dengan automatik, memeningkatkan kecekapan dan kemudahan kreativiti secara besar-besaran. Selain itu, bola apungan ini juga menyokong penggunaan di luar aplikasi dalam sistem Android, tanpa perlu membuka DingTalk, dan Pembantu AI peribadi boleh diaktifkan dengan cepat~
Penutup
Dari penyesuaian imej AI pembantu peribadi sehingga mengumpul maklumat pengguna dengan pembelajaran mendalam, pengurusan pintar orang dan perkara yang ditumpukan, mengingatkan mesej yang belum dibalas dan boleh membantu menyusun informasi berpecah serta menjana laporan mingguan secara automatik, Pembantu AI peribadi DingTalk berusaha untuk menyokong kerja-kerja pengguna dengan cara yang lebih berkesan dan berpersonalisasi, menjadikan individu cemerlang yang luar biasa dan menjadi asisten AI peribadi yang benar-benar memahami anda. Jom tingkatkan asisten AI anda dengan segera~