Pada 6 Disember, DinDin (China) Information Technology Co. Ltd. (selanjutnya disebut sebagai "DinDin") dengan jayanya mengadakan upacara penandatanganan dan permulaan projek DinDin eksklusif bersama dengan Himile Group Co., Ltd. (selanjutnya disebut sebagai "Kumpulan Himile") di Kawasan Perindustrian Himile Gaomi, Shandong. Turut hadir pada majlis tersebut termasuk Wang Xiaodong, ahli lembaga kumpulan Himile; Wang Xiaojing, ketua jabatan pentadbiran; Gao Wenhua, pengarah urusan Himile Software; Zhang Jiawei, timbalan pengarah urusan Himile Software; Xiong Wei Yi, timbalan presiden DinDin; Xu Tao, pengarah wilayah Shandong dan lain-lain.
Pada 6 Disember, DinDin (China) Information Technology Co. Ltd. (selanjutnya disebut sebagai "DinDin") dengan jayanya mengadakan upacara penandatanganan dan permulaan projek DinDin eksklusif bersama dengan Himile Group Co., Ltd. (selanjutnya disebut sebagai "Kumpulan Himile") di Kawasan Perindustrian Himile Gaomi, Shandong.
Turut hadir pada majlis tersebut termasuk Wang Xiaodong, ahli lembaga kumpulan Himile; Wang Xiaojing, ketua jabatan pentadbiran; Gao Wenhua, pengarah urusan Himile Software; Zhang Jiawei, timbalan pengarah urusan Himile Software; Xiong Wei Yi, timbalan presiden DinDin; Xu Tao, pengarah wilayah Shandong dan lain-lain.
✦ Syarikat Himile
Syarikat Himile ditubuhkan pada tahun 1995, ianya sebuah syarikat kumpulan antarabangsa yang beribu pejabat di wilayah biru Gaomi di Semenanjung Shandong. Aset keseluruhan syarikat mencapai 20 bilion yuan, mempunyai lebih 20,000 pekerja dan memiliki 1 syarikat yang disenarai (SZ.002595), 5 produk juara kategori tunggal dan 8 buah syarikat di luar negara. Syarikat berpegang teguh kepada prinsip "Berusaha untuk menjadikan Himile sebuah paltform ideal di mana pekerja dapat merealisasikan nilai diri dan memberi sumbangan kepada masyarakat", serta memberi tumpuan kepada inovasi dan pembangunan dalam bidang pengeluaran acuan tayar, pemesinan dan metalurgi keluli serta besi tuang. Sebagai syarikat kepimpinan dalam industri acuan tayar global dengan saham pasaran mencapai 30% secara global dan berada di kedudukan teratas dalam sektor ini. Dengan inovasi teknologi yang berterusan dan kepakaran pengeluaran yang luar biasa, produk dan perkhidmatannya telah meluas ke seluruh dunia dan menjadi sebuah syarikat perintis dalam industri ini.
Jurang peningkatan berterusan saiz syarikat Himile, platform kolaboratif sedia ada tidak lagi memenuhi keperluan yang semakin meningkat. Maka, pada sambutan ulangtahun ke-30 Himile, syarikat ini memilih untuk bekerja sama dengan DinDin, berharap dapat memanfaatkan keupayaan DinDin sebagai platform PaaS untuk membina satu platform kerja kolaboratif digital yang efisien dan mudah, membuka bab baharu dalam transformasi digital perusahaan.
Pada majlis permulaan tersebut, Wang Xiaodong, ahli lembaga Himile menyatakan: "Melalui penyesuaian dan pengujian selama kira-kira 6 bulan lepas, serta kajian keberkesanan aplikasi DinDin pada syarikat model, pasukan projek mempunyai keyakinan sepenuhnya untuk berpindah ke platform DinDin. Tahun 2025 menyaksikan sambutan ulangtahun ke-30 penubuhan Himile, kami berharap 'DinDin sebagai enjin' akan membolehkan kumpulan mencapai kemajuan baru dalam transformasi digital dan tidak sabar menantikan 20,000 pekerja kami dapat menikmati pengalaman DinDin menjelang Tahun Baharu Cina nanti."
Kerjasama kali ini bukan sahaja langkah penting dalam transformasi digitalization bagi Syarikat Himile, malah turut menjadi pengembangan penting dalam bidang perkhidmatan perusahaan untuk DinDin. DinDin akan terus memainkan kelebihannya dalam bidang kerjasama pejabat dan transformasi digitalization, membantu Syarikat Himile mencapai matlamat digitalization pada tahap yang lebih tinggi. Kami berharap kerjasama ini mampu menjadi model untuk industri yang lain, serta mempercepatkan lagi peralihan lebih banyak perusahaan kepada transformasi digitalization.
Inovasi teknologi merupakan pemacu utama dalam pembangunan perusahaan. Pada masa depan, DinDin akan terus bekerjasama dengan Syarikat Himile menjalinkan potensi persekutuan melalui perluasan perniagaan antarabangsa serta menjadikan pusat meninjau sebagai ruang kerjasama, serta membantu syarikat mengarungi arus transformasi digitalization.